Have an account?

Wednesday, September 7, 2011

Rakaman gambar-gambar di Majlis Siraturrahim Idil Fitri 1 Syawal 1432H/30hb Ogos, 2011.




Juruacara Majlis oleh Ustaz Ridwan.


Bacaan doa oleh Ustaz Azmail bin Hj Abd Rahmid.

Pengerusi Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim memberi ucapan.




Menjamu selera sambil beramah mesra sesama ahli-ahli.






Gambar berkumpulan.


Otai-otai Hj Adam bin Amin dan En Zainal alam memberi ucapan penghargaan.



Pengerusi menyampai cenderahati wang Raya kepada sebahagian OKU.



Sebagian ahli-ahli seronok menerima cabutan bertuah hamper.


Wednesday, August 24, 2011

Hari Raya Idil Fitri 1432H

Majlis Siraturrahim Terbuka Hari Raya Idil Fitri PPPJ akan diadakan pada 1 Syawal 1432/30hb Ogos, 2011, jam 2- 5 petang.

Tempat di Padang Balai Raya, Kg PJ.

Kehadiran semua sanak-saudara di persilakan. TK.

____________________________________________________________________________


Fail Kami: PPPJ (4) 2011
23hb Ogos, 2011


Semua Saudara-Mara Penduduk Kg Perigi Jernih.


MAJLIS SIRARRATURAHIM HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H

Dengan sukacitanya merujuk kepada perkara diatas,kita akan mengadakan Majlis Siraturrahim Terbuka Hari Raya Aidil Fitri. Dengan ini kami menjemput semua keluarga hadir ke majlis ini.

Tempat : Padang Balai Raya Kg PJ.
Tarikh : 1 Syawal 1432/30hb Ogos, 2011.
Waktu : 2 – 5 petang

Agenda : -Pendaftaran

-Bacaan Doa

-Ucapan Pengerusi PPPJ

-Jamuan Raya

-Suaikenal keluarga dan beramah mesra

-Pemberian cenderahati kepada OKU

-Cabutan bertuah (berupa barang-barang elektrik & hamper)

-Majlis tamat.

2. Dengan kehadiran saudara-saudari akan memeriahkan lagi program kita.
Terima kasih.


Saya yang benar,


Rosmah binti Haji Pilus
Setiausaha,
PPPJ

Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan 1432H

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Allah kerana diberi peluang sekali lagi untuk bertemu semula dengan bulan Ramadhan yang diberkatiNya.

Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa'.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Sunday, July 17, 2011

Rakaman gambar-gambar pada Mesyuarat AJK PPPJ bertarikh 26 Jun, 2011.





Mesyuarat telah diadakan di Pejabat Pengerusi . Berbagai-bagai perkara telah dibincangkan termasuk melaksanakan kerja oleh AJK-AJK yang sanggup dengan ikhlas demi untuk kebaikan dan kemajuan kampung.

Keadaan laluan di bawah jambatan keretapi terkini.


Kini jalan boleh dilalui oleh kenderaan.




Monday, November 29, 2010

26hb Nov 2010 - Membuat Laporan ke-2 kepada Pengurus Pembangunan Projek KTM.

Laporan telah dibuat kepada Encik Arshad,Pengurus Pembangunan Projek Laluan Berkembar KTM.
Keadaan laluan di bawah jambatan keretapi amat teruk dengan berlakunya hakisan tanah oleh kerana projek laluan berkembar KTM. Keadaan semakin merbahaya bagi laluan penduduk-penduduk kampung. Laluan ini adalah laluan utama yang menghubungkan penduduk-penduduk kampung keluar dan masuk. Kini tidak selamat untuk dilalui lagi. Apabila berlaku kematian, kerja-kerja kahwin dan berbagai-bagai aktiviti mereka terpaksa mengambil jalan jauh berpusing dan ini membebankan penduduk-penduduk. Mohon tindakan memperbaikinya dengan kadar segera daripada pihak tuan. Terima kasih. Daripada Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim, Pengerusi, PPPJ Rembau.




Friday, November 26, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan pada 25hb Nov 2010




Majlis telah diadakan di Hotel Royal Bintang Seremban, NS. Sijil telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada Pengerusi. Turut hadir ialah Setiausaha, Puan Rosmah bt Pilus dan seorang Ahli Jawatankuasa iaitu Encik Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian.