Have an account?

Friday, June 11, 2010

Assalamualaikum

Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Lembaran baru bagi Kampung Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan.


Objektif.


Untuk menubuhkan Persatuan Penduduk Kampung Perigi Jernih, Rembau. Dengan ujudnya persatuan seperti ini maka boleh merapatkan lagi hubungan siraltulrahim sesama kita. Kita hendak suara kita didengar demi membangunkan tempat asal kita yang tercinta. Pembangunan fizikal daripada segi pasarana seperti membangunkan rezab-rezab jalan diperluas, lampu-lampu jalan ditambah, elektrik, Jalur Lebar dan bekalan air dipertingkatkan lagi terutama bagi lot-Lot/ kawasan-kawasan rumah. Tujuannya untuk menarik minat ahli-ahli PPPJ Rembau dan orang luar membina rumah-rumah dan bermaustautin. Kita inginkan pembangunan fizikal yang seimbang dengan pembangunan insannya.


Misi & Visi .

Kampung Perigi Jernih yang kini sepi akan ceria dengan perubahan zaman lebih baik daripada Kampung/Penempatan Baru lain yang sedia ada. Ini boleh dijadikan model penempatan baru bagi tanah-tanah terbiar. Sekaligus meningkatkan ekonomi perseorangan, daerah, negeri, negara yang tercinta. Kita mahu Kg Perigi Jernih kita berjaya cemerlang dari segi pasarana, ekonomi dan pembangunan insan di dalam daerah Rembau. Yang pasti kampung juga memberi kedamaian.



Latar belakang.


Masyarakat Kampung Perigi Jernih kini kebanyakan tinggal di daerah lain. Ramai yang merantau. Mereka berhijrah ke bandar-bandar kerana bekerja. Mereka kebanyakan berkelulusan menengah atas dan pengajian tinggi hingga ke Falsafah Kedoktoran. Namun keadaan fizikal Kampung Perigi Jernih tidak seimbang dengan perkembangan pembinaan insannya. Kampung Perigi Jernih yang kini sepi seolah-olah tiada berpenghuni. Diakui ramai anak-anak penduduk kampung yang berjaya menjawat Jawatan Tinggi di dalam Sektor Awam dan Swasta seperti Ahli Koporat, Jurutera, Doktor, Peguam, Wakil Rakyat, Juruterbang, Arkitek, Pensyarah, Pegawai Bank, Penyelidik, Pencipta dan Penggubah lagu yang tersohor,Farmasi, Guru, Pegawai Tinggi Polis di Raja Malaysia, Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia, Pesara-pesara Kerajaan dan berbagai-bagai lagi. Namun keadaan kampung sepi kecuali di waktu-waktu menjelang Hari Raya.


Keahlian.


Cadangan untuk memanggil kesemua yang ada berkaitan dengan Kg Perigi Jernih.

a. Semua penduduk Kampung Perigi Jernih.

b. Nenek moyang mereka yang berasal dari kampung Perigi Jernih.

c. Ibu atau bapa mereka yang berasal dari Kampung Perigi Jernih.

d. Suami atau isteri yang berasal dari kampung Perigi Jernih.

e. Lelaki yang berkahwin dengan perempuan berketurunan orang asal Perigi Jernih.

f. Perempuan yang berkahwin dengan lelaki berketurunan orang asal Perigi Jernih.

g. Semua yang mempunyai tanah di Kampung Perigi Jernih.



Dengan demikian dicadangkan supaya bagi mereka yang memenuhi syarat marilah beramai-ramai menjadi ahli PPPJ. Negara mengejar tahun 2020 dan kita penduduk Kg Perigi Jernih tidak mahu ketinggalan lagi.



PERSATUAN PENDUDUK PERIGI JERNIH, REMBAU, NEGERI SEMBILAN (PPPJRBAU)
Alamat Surat-menyurat:
Surau Nur Hidayah, Kampung Perigi Jernih, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
Email: pppjrbau@gmail.com

0 comments:

Post a Comment