Have an account?

Thursday, September 8, 2011

Teks ucapan Pengerusi pada Perjumpaan Siraturrahim Idil Fitri 1 Syawal 1432H

UCAPAN PENGERUSI PADA MAJLIS SERATURRAHIM IDIL FITRI 1 SYAWAL 1432H/30 Ogos, 2011

Asalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri, maaf dzahir dan batin kepada hadirin semua.

Objektif

Ingin saya menyatakan objektif Perjumpaan Siraturrahim Idil Fitri ini adalah untuk berjumpa, bermesra bagi yang telah lama tidak berjumpa. Sekurang-kurangnya setahun sekali kita dapat berjumpa begini. Bagi yang belum kenal, kita kenali dan bagi yang berpuluh tahun tidak berjumpa kini berjumpa kembali. Apabila kita boleh berjumpa seumpama ini dapat kita berbual mesra, maka baru datang perasaan sayang sesama kita. Tidak kenal maka tidak cinta tetapi setelah kita mengenali satu sama lain akan timbul keakraban. Timbul perasaan sayang sesama masyarakat sekampung.

Ahli Jawatankuasa yang hadir mesyuarat telah membuat keputusan iaitu Perjumpaan
Siraturrahim ini di adakan pada 1 Syawal memandangkan ramai yang berada/balik kampung.

Dapat kita jenguk-jenguk kampung kita. Sebagaimana kita tahu harga rumah seperti di Taman Taman Perumahan dimerata tempat amatlah mahal harganya. Jadi, kita sebagai warga asal di Kampung Perigi Jernih yang tercinta ini kebanyakan mempunyai tanah sendiri. Bangunkan rumah-rumah disini diatas tanah sendiri dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan harga rumah yang sudah siap di Taman-Taman Perumahan itu. Ini juga bertujuan untuk menambah penduduk dan memeriahkan lagi kampung.

Perkembangan PPPJ.

Aktiviti-Aktiviti PPPJ untuk memajukan kampung terus bergerak.

a. Perjumpaan Hari Raya 1431
b. Majlis korban pada Hari Raya Haji lalu telah diadakan 3 ekor lembu korban.
c. Tanam Semula Berkelompok (TSB) Sg Layang – bersebelahan Jalan Keretapi. Tanaman pokok getah telah berusia 3 ½ tahun. Pokok-pokok sudah besar.
d. Tanam Semula Berkelompok (TSB) Perigi Jernih. 95% telah ditanam. 5% benih masih menunggu bekalan dari RISDA.
e. Laluanan di bawah jambatan keretapi sudah boleh dilalui oleh kenderaan . Akan siap seluruh pada tahun 2012.
f. Bekalan air ke penempatan baru sedang dalam peningkatan.
g. Telah ada tambahan 3 buah rumah dibangunkan di tanah perumahan.
h. UMNO cawangan Perigi Jernih kini sedang menunggu Surat Rasmi kelulusan.
Cadangan program
a. Akan diadakan karnival kesihatan.
b. Mesyuarat Agong.
c. Pengerusi telah melontarkan pilihan sama ada hendak diteruskan aktivtii Perjumpaan Hari Raya seperti ini pada tahun hadapan. Semua khalayak mahu perjumpaan seperti ini terus diadakan, Insyaallah.
Saya akhiri dengan sekali lagi ucapan Selamat Hari Raya. Maaf Dzahir Batin.

Wasalamuaalaikum Warahmatuulahi Wabarakatuh.

Hajah Rokizan (Amy) binti Haji Ibrahim
Pengerusi

Wednesday, September 7, 2011

Rakaman gambar-gambar di Majlis Siraturrahim Idil Fitri 1 Syawal 1432H/30hb Ogos, 2011.




Juruacara Majlis oleh Ustaz Ridwan.


Bacaan doa oleh Ustaz Azmail bin Hj Abd Rahmid.

Pengerusi Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim memberi ucapan.




Menjamu selera sambil beramah mesra sesama ahli-ahli.






Gambar berkumpulan.


Otai-otai Hj Adam bin Amin dan En Zainal alam memberi ucapan penghargaan.



Pengerusi menyampai cenderahati wang Raya kepada sebahagian OKU.



Sebagian ahli-ahli seronok menerima cabutan bertuah hamper.