Have an account?

Monday, November 29, 2010

26hb Nov 2010 - Membuat Laporan ke-2 kepada Pengurus Pembangunan Projek KTM.

Laporan telah dibuat kepada Encik Arshad,Pengurus Pembangunan Projek Laluan Berkembar KTM.
Keadaan laluan di bawah jambatan keretapi amat teruk dengan berlakunya hakisan tanah oleh kerana projek laluan berkembar KTM. Keadaan semakin merbahaya bagi laluan penduduk-penduduk kampung. Laluan ini adalah laluan utama yang menghubungkan penduduk-penduduk kampung keluar dan masuk. Kini tidak selamat untuk dilalui lagi. Apabila berlaku kematian, kerja-kerja kahwin dan berbagai-bagai aktiviti mereka terpaksa mengambil jalan jauh berpusing dan ini membebankan penduduk-penduduk. Mohon tindakan memperbaikinya dengan kadar segera daripada pihak tuan. Terima kasih. Daripada Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim, Pengerusi, PPPJ Rembau.




Friday, November 26, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan pada 25hb Nov 2010




Majlis telah diadakan di Hotel Royal Bintang Seremban, NS. Sijil telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada Pengerusi. Turut hadir ialah Setiausaha, Puan Rosmah bt Pilus dan seorang Ahli Jawatankuasa iaitu Encik Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian.

Majlis Korban Hari Raya Adil Adha 1431- 17hb Nov 2010

Sebanyak 3 ekor Lembu Korban. Dirakamkan suasana syahdu. Ya Allah, mohon diterima korban kami sebagaimana Engkau terima korban Nabi Ibrahim A.S. Amin...




Sambungan rakaman Majlis Korban 17hb Nov 2010





Sunday, November 7, 2010

17hb Oktober, 2010 - Mesyuarat Pembentukan UMNO Cawangan Perigi Jernih

Dirakamkan suasana mesyuarat ketika itu. Pengerusi memberi penerangan mengenai langkah-langkah pertubuhan UMNO Cawangan PJ ini.


Pada Mesyuarat AJK PPPJ bth 9hb Oktober,2010 ada menyentuh Tanah Kurnia (Buku Hijau) yang terbiar.
Tanah Kurnia (Buku Hijau) di hujung kampung. Permandangan daripada TSB (ME) PJ.


Tanah Kurnia (Buku Hijau) yang telah menjadi hutan perlu dibangunkan. Permandangan daripada belakang kampung sempadan dengan TSB(ME)PJ

Pembinaan Rumah Oleh Timbalan Pengerusi

Haji Abdul Rahmid bin Kidam, orang pertama menyahut seruan "pulanglah ke kampung" sedang menyediakan tapak untuk mendirikan rumah di lot perumahan Perigi Jernih. Syabasss!