Keadaan laluan di bawah jambatan keretapi amat teruk dengan berlakunya hakisan tanah oleh kerana projek laluan berkembar KTM. Keadaan semakin merbahaya bagi laluan penduduk-penduduk kampung. Laluan ini adalah laluan utama yang menghubungkan penduduk-penduduk kampung keluar dan masuk. Kini tidak selamat untuk dilalui lagi. Apabila berlaku kematian, kerja-kerja kahwin dan berbagai-bagai aktiviti mereka terpaksa mengambil jalan jauh berpusing dan ini membebankan penduduk-penduduk. Mohon tindakan memperbaikinya dengan kadar segera daripada pihak tuan. Terima kasih. Daripada Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim, Pengerusi, PPPJ Rembau.




