Have an account?

Monday, November 29, 2010

26hb Nov 2010 - Membuat Laporan ke-2 kepada Pengurus Pembangunan Projek KTM.

Laporan telah dibuat kepada Encik Arshad,Pengurus Pembangunan Projek Laluan Berkembar KTM.
Keadaan laluan di bawah jambatan keretapi amat teruk dengan berlakunya hakisan tanah oleh kerana projek laluan berkembar KTM. Keadaan semakin merbahaya bagi laluan penduduk-penduduk kampung. Laluan ini adalah laluan utama yang menghubungkan penduduk-penduduk kampung keluar dan masuk. Kini tidak selamat untuk dilalui lagi. Apabila berlaku kematian, kerja-kerja kahwin dan berbagai-bagai aktiviti mereka terpaksa mengambil jalan jauh berpusing dan ini membebankan penduduk-penduduk. Mohon tindakan memperbaikinya dengan kadar segera daripada pihak tuan. Terima kasih. Daripada Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim, Pengerusi, PPPJ Rembau.




0 comments:

Post a Comment